Lelaki itu masih memegang kain merah yang mengeluarkan merpati putih itu tadi.Sekali lagi lelaki itu mengibarkan kain merah itu.Pelajar dan guru pengiring meneliti setiap pegerakan yang berlaku di pentas pertunjukan silap mata itu.Mereka percaya lelaki itu mahu memeranjatkan mereka lagi dengan silap mata seterusnya.Terperanjat dengan pertunjukan silap mata.
Secara tiba-tiba kain merah itu terbang dengan sendirinya dan kelihatan seolah-olah seperti sedang menari.Walaupun begitu,kain itu masih tidak lepas dari tangan lelaki itu.
"Ini tentu ada burung merpati dibawah kain merah itu,sebentar lagi lelaki itu mengeluarkan seekor lagi burung"kata Alex kepada Rasyid.
Rasyid dan pelajar lain hanya diam melihat aksi ahli silap mata itu.Mereka lebih berminat menonton silap mata berbanding melayan ulasan Alex.
Friday, January 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment