Saturday, January 24, 2009

AHLI SILAP MATA YANG HEBAT

Namun begitu,kain merah itu terus menari-nari seolah-olah kelihatan hidup.Semua pelajar dan guru yang menonton terhibur dengan aksi itu."Tidak,tiada burung di situ.Tetapi lelaki itu guna kayu,"kata Nas kepada Shahrill.

"Kayu?Bagaimana awak tahu?"tanya Shahrill.

Tidak semena-mena,lelaki itu terbatuk -batuk seperti sebelumnya.dia gagal menyeimbangkan aksinya lalu terjatuhlah sebatang kayu dari dalam kain yang dipegangnya."Ktang!Kayu itu berkepala bulat dihujungnya.Semua orang memerhatikan kayu itu

Friday, January 23, 2009

SILAP MATA

Lelaki itu masih memegang kain merah yang mengeluarkan merpati putih itu tadi.Sekali lagi lelaki itu mengibarkan kain merah itu.Pelajar dan guru pengiring meneliti setiap pegerakan yang berlaku di pentas pertunjukan silap mata itu.Mereka percaya lelaki itu mahu memeranjatkan mereka lagi dengan silap mata seterusnya.Terperanjat dengan pertunjukan silap mata.

Secara tiba-tiba kain merah itu terbang dengan sendirinya dan kelihatan seolah-olah seperti sedang menari.Walaupun begitu,kain itu masih tidak lepas dari tangan lelaki itu.

"Ini tentu ada burung merpati dibawah kain merah itu,sebentar lagi lelaki itu mengeluarkan seekor lagi burung"kata Alex kepada Rasyid.


Rasyid dan pelajar lain hanya diam melihat aksi ahli silap mata itu.Mereka lebih berminat menonton silap mata berbanding melayan ulasan Alex.

NAS SILAPMATA

Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Nirwana

"Siapa mahu lihat silap mata?"jerit seorang lelaki dengan penuh tenaga di hadapan sekumpulan pelajar sekolah rendah.

"Kami!"jerit semua pelajar serentak.

Lelaki itu tersenyum lalu mengeluarkan sehelai kain merah.Dia mengibarkan kain separuh saiz tuala mandi itu berulang kali.

"Uhuk!Uhuk!"lelaki itu batuk.Mungkin itu sebahagian daripada helah dia bagi mengelirukan penonton.

"Uhuk!Uhuk!" lelaki itu batuk lagi.

Pelajar dan beberapa guru pengiring masih menantikan pertunjukan silap mata lelaki itu.Lelaki itu kelihatan bersedia melakukan sesuatu."Lihat betul-betul...."

"Push!"Kain merah itu bergerak-gerak secara tiba-tiba.

Lelaki itu dengan senyum mengeluarkan seekor burung merpati putih dari dalam kain merah itu.

"Tada!"jerit lelaki itu sambil menunjukan merpati putih itu ke arah penonton.Penonton disitu terpegun.

Ramai yang berkata,"Wah,hebat!"

Ada juga bertanya,"Bagaimana burung merpati itu muncul dari kain itu?"Namun persoalan itu tidak dapat dijawab sesiapa.

Seorang murid lelaki yang menjadi pembantu lelaki itu mengambil burung merpati putih itu lalu diletakkannya ke dalam sangkar.