Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Nirwana
"Siapa mahu lihat silap mata?"jerit seorang lelaki dengan penuh tenaga di hadapan sekumpulan pelajar sekolah rendah.
"Kami!"jerit semua pelajar serentak.
Lelaki itu tersenyum lalu mengeluarkan sehelai kain merah.Dia mengibarkan kain separuh saiz tuala mandi itu berulang kali.
"Uhuk!Uhuk!"lelaki itu batuk.Mungkin itu sebahagian daripada helah dia bagi mengelirukan penonton.
"Uhuk!Uhuk!" lelaki itu batuk lagi.
Pelajar dan beberapa guru pengiring masih menantikan pertunjukan silap mata lelaki itu.Lelaki itu kelihatan bersedia melakukan sesuatu."Lihat betul-betul...."
"Push!"Kain merah itu bergerak-gerak secara tiba-tiba.
Lelaki itu dengan senyum mengeluarkan seekor burung merpati putih dari dalam kain merah itu.
"Tada!"jerit lelaki itu sambil menunjukan merpati putih itu ke arah penonton.Penonton disitu terpegun.
Ramai yang berkata,"Wah,hebat!"
Ada juga bertanya,"Bagaimana burung merpati itu muncul dari kain itu?"Namun persoalan itu tidak dapat dijawab sesiapa.
Seorang murid lelaki yang menjadi pembantu lelaki itu mengambil burung merpati putih itu lalu diletakkannya ke dalam sangkar.
Friday, January 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment